Salah guna kuasa institusi Salah_guna_kuasa

Penyalahgunaan kuasa intitiusi ialah sejenis layanan buruk seseorang kepada golongan tertentu (biasanya kanak-kanak atau orang dewasa yang lebih tua) oleh golongan yang berkuasa di sebalik sistem.[2] Hal ini boleh merangkumi perbuatan yang serupa dengan penderaan kanak-kanak di rumah, seperti pengabaian, penderaan fizikal dan seksual, sehingga kesan program bantuan yang bekerja di bawah piawaian perkhidmatan yang boleh diterima, atau bergantung kepada cara kasar atau tidak wajar untuk mengubah tingkah laku seseorang.[2] Institusi pendidikan juga sering menjadi sasaran kepada salahguna kuasa oleh golongan cendekiawan dan juga pentadbir.[3]